Tuesday, 28 May 2013

Friday, 24 May 2013


3 FASA YANG PENTING KETIKA MEMBUAT SENAMAN


Fasa Pertama -
Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi. 



Fasa Kedua -
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya. 


Fasa Ketiga -
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.

PETUA-PETUA SEMASA MEMBUAT SENAMAN


PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:

1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat 
   doktor.
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda 
    dan tingkatkan dari masa ke semasa.
3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai. 
4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam. 
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 
    120 - 150 kali seminit. 
6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda 
    tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan. 
7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang 
    selesa.



KEBAIKAN BERSENAM


KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan. 
2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah 
    tubuh.
3) Mengawal berat badan.
4) Menguatkan jantung.
5) Mengurangkan tekanan jiwa.
6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.